Ibu-ibu muda di Indonesia telah mulakan satu trend ‘cabaran’ baru di media sosial yang tidak lama lagi boleh tersebar ke seluruh dunia.
Dipanggil #MahmudChallenge, trend yang bermula bulan lalu itu bermula dengan ibu-ibu muda menghantar dua gambar diri mereka: satu – mekap dan berpakaian cantik, manakala satu lagi dengan bayi mereka dengan pakaian seharian di rumah yang lebih dikenali di Indonesia dengan gelaran ‘dasters’.
Cabaran itu menjadi viral di media sosial tempatan, dengan ibu-ibu yang tinggal di rumah di seluruh Indonesia membuktikan bahawa mereka masih boleh bergaya walaupun mengalas tanggungjawab sebagai ibu.
‘Mahmud’ Yang diambil daripada istilah harian – dan singkatan daripada perkataan ‘mamah’ (ibu) dan ‘muda’ (muda), biasanya digunakan untuk menggambarkan ibu-ibu yang sangat menawan. Menurut Coconuts Jakarta, perkataan paling dekat dengan istilah itu adalah ‘MILF’ apabila digunakan dalam perbualan seharian.
Cabaran #MahmudChallenge termasuk dengan kapsyen, “Jangan remehin emak-emak berdaster, karena kalo mereka dandan Kelar idup lo,” atau maksudnya, “Jangan memandang rendah ibu-ibu surimah, kerana sekali mereka memakai pakaian cantik dan berdandan, anda boleh meninggal”.
Mesej di sebalik cabaran bermula di Indonesia ini mudah; mengatakan bahawa mereka boleh mengubah penampilan menjadi cantik dalam sekelip mata.
Walaupun sudah pasti “wow!” melihat perubahan-perubahan yang ditunjukkan oleh #MahmudChallenge, kami percaya bahawa dengan solekan atau tidak bersolek sekalipun, golongan ibu tak kira pelbagai bentuk dan saiz semuanya cantik.
0 Response to "MENGEJUTKAN.!!! ‘MILF Challenge’ Jadi Trend Ibu Muda Di Indonesia, Malaysia Bila Lagi? [9 GAMBAR 18++]"
Post a Comment